Jul
30th

Wajadiri Nasional Silat Cekak UTM

Dalam kategori : Berita, Umum | Beri Komen

SKUDAI 26 Julai - Seramai 703 peserta Silat Cekak Hanafi di seluruh IPT dan sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat Pusat Latihan (PL), IPT dan sekolah sempena Karnival Sambutan 21 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia . Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof Ir.Dr. Alias B. Mohd Noor,Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia .Turut hadir Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi

Bertemakan “Belia Pembina Generasi Gemilang” pertandingan ini disertai 703 perserta yang mewakili 39 kontinjen IPT dan sekolah. Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengetengahkan Seni Silat Cekak Hanafi sebagai suatu wadah dalam membentuk remaja berdisiplin dan berwawasan, di samping memertabatkan seni mempertahankan diri sebagai warisan budaya.

Sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan. Kontinjen Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai pertandingan bagi peringkat sekolah lelaki manakala kontinjen MRSM Transkrian Pulau Pinang bagi peringkat sekolah wanita.Juara bagi katogeri IPT dimenangi oleh PTPL Shah Alam ,bagi peringkat wanita pula dimenangi oleh Pusat Latihan Shah Alam Selangor.

Bagi Anugerah Pesilat Lelaki Terbaik kategori sekolah telah dimenangi oleh Wan Mohd Amirul mewakili Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak manakala Pesilat Wanita Terbaik dimenangi oleh Tengku Nur Syafawati dari MRSM Transkrian Pulau Pinang.Anugerah pesilat lelaki peringkat IPT dimenangi oleh Shahrizan Mohd Ali daripada PTPL dan pesilat wanita dimenangi oleh Siti Salwa Ramli yang mewakili UTM Skudai.

Negeri Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan Wajadiri bagi tahun 2009.Serentak dengan itu juga Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Hanafi juga telah melancarkan kempen “Jom Pi Sarawak”.

Jul
28th

Keputusan Penuh Wajadiri 2008

Dalam kategori : Berita, Info, Pengumuman | 1 Komen

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN WAJADIRI NASIONAL PERINGKAT PL, IPT DAN SEKOLAH (WAJADIRI 2008) SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN 21 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANUGERAH PESILAT TERBAIK PERTANDINGAN WAJADIRI NASIONAL PERINGKAT PL, IPT DAN SEKOLAH (WAJADIRI 2008)

1.PESILAT LELAKI TERBAIK ( SEKOLAH )
WAN MOHD AMIRUL BIN WAN AZMI
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK) PERAK

2.PERSILAT WANITA TERBAIK ( SEKOLAH )
TENGKU NUR SYAFAWATI BINTI TENGKU ISMAIL
MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG

3.PESILAT LELAKI TERBAIK ( IPT )
SHAHRIZAN BIN MOHD ALI
PTPL SHAH ALAM SELANGOR

4.PESILAT WANITA TERBAIK ( IPT )
SITI SALWA BINTI RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI

JUARA KESELURUHAN PERTANDINGAN WAJADIRI NASIONAL PERINGKAT PL, IPT DAN SEKOLAH (WAJADIRI 2008)

1.JUARA KESELURUHAN BAGI PERINGKAT SEKOLAH ( LELAKI )
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( MCKK ) PERAK

2.JUARA KESELURUHAN BAGI PERINGKAT SEKOLAH ( WANITA )
MRSM TRANSKRIAN,PULAU PINANG

3.JUARA KESELURUHAN PERINGKAT IPT (LELAKI )
PTPL SHAH ALAM SELANGOR

4.JUARA KESELURUHAN PERINGKAT IPT (WANITA )
PUSAT LATIHAN SHAH ALAM SELANGOR

Selanjutnya…

Jan
27th

Bersama kita membantu..

Dalam kategori : Berita | Beri Komen

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan adik ini, sila hubungi:

Bapa: 016-2709096 / 016-2583450

Polis: 03-79662222 / 999

UTUSAN: 03-92217055 samb: 148/189 & 012-7143898

Untuk memuat-turun poster mencari Sharlinie, sila klik di sini