
TULISAN ‘1986’
Menggambarkan usia Persatuan Seni Silat Cekak UTM (PSSCUTM) sejak mula ditubuhkan pada tahun 1986 sehingga sekarang iaitu 21 Tahun.
TULISAN ‘SILAT CEKAK UTM’
Menggambarkan silat yang dipegang oleh PSSCUTM di bawah pimpinan Guru Utama, YM Tuan Guru Md. Radzi b. Hj. Hanafi iaitu Silat Cekak. YM Tuan Guru merupakan Penyelia pertama PL PPT UTM Skudai.
Warna tulisan tersebut adalah warna merah pulasan yang masak dan melambangkan warna logo UTM sendiri yang merupakan pusat pengajian di mana PSSCUTM bernaung iaitu di bawah Hal Ehwal Pelajar UTM. Biasanya buah pulasan ini didapati di perkampungan orang Melayu. Oleh yang demikian, warna merah pulasan melambangkan keMelayuan dan kematangan.
ABSTRAK YANG MEMBENTUK NOMBOR ‘2’
Merupakan gambaran lengan/tangan kanan yang memegang Parang Lading seperti sedang mengaplikasikan Buah Siku Potong yang merupakan buah ke 21 iaitu buah yang terakhir silibus pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Ia merupakan simbolik sempena 21 Tahun PSSCUTM.
Jika diperhatikan, warnanya adalah biru gelap atau ‘blue black’ yang melambangkan pakaian seragam/uniform SCH yang hanya dipakai bagi penuntut yang telah tamat silibus SCH. Warna biru gelap ini merupakan warna yang cantik bila dipakai pada waktu siang dan indah dipakai di waktu malam. Ini menunjukkan bahawa SCH dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.