Salam semua…
Seperti yang kita sedia maklum, Wajadiri Silat Cekak Hanafi pada tahun ini akan diadakan di Bumi Kenyalang. Kini hanya tinggal 3 hari lagi menjelang hari pertandingan dan pastinya semua kontinjen yang menyertai kejohanan pada kali ini sedang giat berlatih.
Selamat berjuang diucapkan kepada semua dan tidak lupa juga kepada penganjur kejohanan, semoga segalanya berjalan dengan lancar dan meriah. Jumpa di Sarawak!
Hidup Cekak Hanafi!
Nota : Laman ini yang pada asalnya dibina bagi Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi 2008 telah lama dibiarkan sepi kerana telah berpindah ke laman utama Silat Cekak Hanafi UTM. Kepada para pengikut laman ini, sila lawati laman rasmi SCH UTM di www.schutm.com dan anda boleh menukarkan pautan anda ke sana