Jan
6th

Makluman

Dalam kategori : Umum | Ditulis oleh : shahrul

Laman ini adalah laman rasmi yang diwujudkan khas untuk program Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat PL, IPT & Sekolah anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia (PSSCUTM) Skudai sempena Karnival Sambutan 21 Tahun PSSCUTM. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

NAMA PROGRAM : KARNIVAL SAMBUTAN 21 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUB-PROGRAM : Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat PL, IPT dan Sekolah.

TARIKH : 26 Julai 2008

TEMA : “ BELIA PEMBINA GENERASI GEMILANG ”

TEMPAT : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

ANJURAN :

Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia
dengan kerjasama
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

PENGENALAN

  • Pertandingan Wajadiri diperkenalkan untuk melahirkan bakat-bakat baru yang berpotensi, berdisiplin, berjiwa besar, bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan yakin terhadap diri sendiri.
  • Wajadiri merupakan aktiviti persilatan di mana ia lebih kepada penerapan nilai-nilai kesukanan melalui seni mempertahankan diri.
  • Penilaian dalam pertandingan wajadiri adalah berbeza daripada pertandingan-pertandingan seni mempertahankan diri yang lain di mana dalam pertandingan wajadiri, penilaian adalah berdasarkan kekemasan dan ketangkasan melakukan pergerakan-pergerakan dalam Silat Cekak dan tiada perlawanan secara bersemuka.

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada para peserta khususnya dan warga kampus untuk menyertai gaya hidup sihat yang menekankan kepada aspek nilai kesukanan dan kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan dan perpaduan sesama individu.
  • Menyediakan medan kepada mahasiswa dan golongan muda untuk saling bertukar pengalaman dan pengetahuan di antara sesama peserta pertandingan.
  • Untuk menarik tumpuan masyarakat Malaysia agar berkongsi pelbagai warisan seni budaya dan memperkenalkan kepada masyarakat umum khususnya golongan belia melalui pendekatan yang positif.

TARIKH KELULUSAN PROGRAM : 4 JANUARI 2008

PENDAFTARAN : Sila Rujuk Borang Pendaftaran yang telah diedarkan

PEMBAYARAN : Sila rujuk borang yang telah diedarkan.

* Pembayaran semasa hari pendaftaran (26 Julai 2008) adalah tidak digalakkan.Jika ada, sila sediakan bayaran secukupnya.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Unit Sekretariat.