Jun
25th

Jam Eksklusif Wajadiri 2008

Dalam kategori : Cenderahati, Umum | Beri Komen

Jan
9th

Jejambat baru…

Dalam kategori : Info | 5 Komen

Untuk makluman kepada semua dan juga kepada anda yang pernah sampai ke UTM Skudai atau pun kawasan yang sewaktu dengannya, lampu trafik di simpang masuk ke Pontian daripada Lebuhraya Skudai telah pun di ganti dengan jejambat baru.

Untuk itu, bagi anda yang ingin ke UTM Skudai daripada Utara, sila ambil laluan kiri sebaik sahaja anda melepasi ataupun keluar dari Lebuhraya Utara Selatan bagi mengelakkan anda terlepas untuk naik ke atas jejambat bagi menghala ke UTM.

Peta lokasi akan di muat naik di web ini bagi memudahkan anda datang ke UTM :)

Gambar kiri: Papan tanda yang menunjukkan susur keluar ke UTM (ke kiri). Kenderaan anda harus dirapatkan ke sebelah kiri dan menaiki jejambat. Lokasi ini adalah berhampiran dengan persimpangan ke Pontian dan UTM di Lebuhraya Skudai

Gambar kanan: Jalan sebelah kanan menunjukkan jalan menuju ke Johor Bahru manakala jalan kiri menunjukkan jalan menghala ke UTM dengan menaiki jejambat. Pastikan anda tidak terlepas susur keluar ke UTM tersebut.

Gambar: Jejambat yang baru disiapkan di Lebuhraya Skudai pada November 2007

Nota: Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas