May
29th

T-Shirt Eksklusif Wajadiri 2008

Dalam kategori : Cenderahati, Info, Umum | 2 Komen

Dapatkan t-shirt eksklusif sempena Wajadiri 2008 !! Tempahan awal daripada setiap kontinjen boleh dibuat. Sebarang tempahan, sila emailkan kepada wajadiri@schutm.com atau hubungi saudara Mohd Syahmi di talian 012-5713432

T-Shirt Berkolar Wajadiri 2008

T-Shirt Tanpa Kolar Wajadiri 2008

T-Shirt Tanpa Kolar Lengan Panjang Wajadiri 2008

Pelbagai lagi cenderahati menarik akan menanti anda, jangan ketinggalan !! Pastikan wang anda mencukupi. ;)

Apr
25th

Kategori Pertandingan

Dalam kategori : Info | Beri Komen

Berikut merupakan kategori-kategori yang akan dipertandingkan pada 26 Julai 2008 nanti:

1. Menangkis Serangan Pisau
2. Menangkis Serangan Kaki
3. Menangkis Serangan Tongkat
4. Umum Tangan Kosong Kreatif
5. Umum Senjata Kreatif
6. Persembahan Atas Papan Sekeping Tangan Kosong
7. Persembahan Atas Papan Sekeping Senjata
8. 10 Buah Jatuh Standard
9. 5 Serang 1 Kreatif
10. Khas - Buah Jatuh (untuk kategori sekolah sahaja)

Mar
20th

DISEBALIK LOGO WAJADIRI 2008

Dalam kategori : Info, Umum | Beri Komen

TULISAN ‘1986’

Menggambarkan usia Persatuan Seni Silat Cekak UTM (PSSCUTM) sejak mula ditubuhkan pada tahun 1986 sehingga sekarang iaitu 21 Tahun.

TULISAN ‘SILAT CEKAK UTM’

Menggambarkan silat yang dipegang oleh PSSCUTM di bawah pimpinan Guru Utama, YM Tuan Guru Md. Radzi b. Hj. Hanafi iaitu Silat Cekak. YM Tuan Guru merupakan Penyelia pertama PL PPT UTM Skudai.

Warna tulisan tersebut adalah warna merah pulasan yang masak dan melambangkan warna logo UTM sendiri yang merupakan pusat pengajian di mana PSSCUTM bernaung iaitu di bawah Hal Ehwal Pelajar UTM. Biasanya buah pulasan ini didapati di perkampungan orang Melayu. Oleh yang demikian, warna merah pulasan melambangkan keMelayuan dan kematangan.

ABSTRAK YANG MEMBENTUK NOMBOR ‘2’

Merupakan gambaran lengan/tangan kanan yang memegang Parang Lading seperti sedang mengaplikasikan Buah Siku Potong yang merupakan buah ke 21 iaitu buah yang terakhir silibus pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Ia merupakan simbolik sempena 21 Tahun PSSCUTM.

Jika diperhatikan, warnanya adalah biru gelap atau ‘blue black’ yang melambangkan pakaian seragam/uniform SCH yang hanya dipakai bagi penuntut yang telah tamat silibus SCH. Warna biru gelap ini merupakan warna yang cantik bila dipakai pada waktu siang dan indah dipakai di waktu malam. Ini menunjukkan bahawa SCH dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Selanjutnya…